Sedikit penjelasan tentang BIOS(Basic Input Output System)


Anda pasti sering atau sudah tidak asing lagi dengan yang namannya BIOS. tapi apakah anda sudah mengetahui apa itu BIOS??
mungkin disini akan dijelaskan sedikit tentang bios..

Fungsi BIOS adalah Ia bertindak sebagai satu program yang akan menjalankan beberapa rutin seperti mengesan dan seterusnya memeriksa aturan hardware dalam komputer anda (seperti adakah keyboard dan mouse telah dipasang? atau adakah hardware komputer anda berada dalam keadaan baik dan berfungsi) sebelum memulakan sistem operasi (OS), contohnya Windows. Dan tugas
memulakan sistem operasi Windows juga sebenarnya dilaksanakan oleh program BIOS ini.

program BIOS disimpan dalam satu chip ingatan (memory chip) pada motherboard yang dikenali sebagai Flash Memory, atau Flash BIOS (kerana ia meyimpan program BIOS).  BIOS sebenarnya bertindak sebagai sebuah program khas yang membolehkan hardware komputer berinteraksi antara satu sama lain ketika komputer dihidupkan.

Sistem komputer dikawal oleh CPU. Tetapi sebaik sahaja komputer dihidupkan, CPU perlu menerima arahan (arahan
dalam sistem komputer diberi dalam bentuk program) sebelum dapat melaksanakan tugasnya mengawal sistem dan
berinteraksi dengan hardware. Maka program BIOS lah yang memberikan arahan pertama pada CPU  dengan
kata lain, BIOS memberitahu CPU apa yang perlu dilakukan, seperti memeriksa kesemua hardware
dalam sistem berfungsi dengan baik, memeriksa kehadiran keyboard, mouse, serial port, parallel port, USB dan
sebagainya. Program BIOS dilaksanakan (load) secara automatik dari cip Flash BIOS sebaik sahaja suis komputer
dihidupkan.
Program BIOS ditulis dalam satu jenis bahasa  yang dikenali sebagai low level programming. Low level programming adalah berbeda dengan bahasa  yang digunakan untuk membuat permainan games, virus dan sebagainya seperti C++, Visual Basic dan lain-lain bahasa High Level Programming. Dalam low level programming, pengaturara memberi arahan secara terus kepada sesuatu hardware, seolah-olah  berbicara pada hardware untuk melakukan sesuatu tugas. Bahasa  yang digunakan BIOS ialah kebiasaanya Assembly Language.

2 Comments (+add yours?)

  1. Modzlankers's Blog
    Jun 30, 2010 @ 00:20:52

  2. Sedikit penjelasan tentang BIOS(Basic Input Output System) « Modzlankers's Blog
    Jun 30, 2010 @ 00:25:53

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: